Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kunci kepada keutuhan perpaduan rakyat Sabah

    KENINGAU, 30 Mei – Rakyat Sabah sangat beruntung kerana hidup dalam suasana aman damai  dalam kepelbagaian budaya, agama dan fahaman politik, kata Setiausaha Politik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Martin Tommy.

    Menurut beliau, suasana muhibah dan harmoni yang dinikmati oleh rakyat yang tinggal di negeri ini merupakan kunci kepada keutuhan perpaduan rakyatnya.

    “Saya tidak melihat nikmat kehidupan yang cukup sempurna ini ada di tempat lain dan sebab itu saya menyatakan bahawa rakyat Sabah sangat beruntung.

    “Saya mahu kualiti ini dipelihara dan diwariskan kepada generasi seterusnya,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas mengakhiri lawatan kerja sehari di daerah Sook di sini, hari ini.

    Martin menghadiri lima acara pada lawatan kerja itu yang membabitkan majlis penyerahan kipas kepada Surau Al-Imran Panagatan Ulu, Penyerahan Bantuan Makanan dan duit raya kepada kanak-kanak saudara baharu kalangan kaum Tiong-hoa di Kampung Mansiang.

    Beliau turut menyerahkan bantuan beras dan perbelanjaan berbuka puasa di Kampung Malima Sook, menghadiri perkahwinan kaum Murut Turung Lair di Kampung Lanas Alab dan menghadiri hari Keluarga di Kampung Membulu.

    Turut mengiringi beliau dalam lawatan kerja itu ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sook, Edward Kandok yang mengetuai ketua-ketua masyarakat bukan beragama Islam untuk menyerahkan bantuan raya itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda