Oleh Normazlina M.D
TUTONG, 28 Jun – Sempena menyambut kedatangan bulan Syawal yang mulia ini, ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung Luagan Dudok bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Haji ‘Abdul ‘Azim, Kampung Luagan Dudok, Daerah Tutong telah mengadakan kunjungan ke beberapa buah rumah di kampung berkenaan, baru-baru ini.
Turut hadir mengikuti kunjungan tersebut ialah Ketua Kampung Luagan Dudok, Awang Johari bin Haji Maidin dan Imam Masjid Haji ‘Abdul ‘Azim, Awang Kamaruddin bin Haji Mohd Ali.
Sebanyak 17 buah rumah telah dikunjungi selepas selesai sahaja solat Sunat Aidilfitri pada hari raya pertama.
Kunjungan tersebut merupakan salah satu kegiatan yang diadakan oleh ahli-ahli MPK dan AJK Takmir Masjid bersempena sambutan bulan Syawal yang bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan ukhuwah bersama penduduk kampung.
