Friday, May 17, 2024
28.7 C
Brunei

    -

    Kunjungan Aidilfitri PESAT didik mualaf, erat silaturahim

    Oleh Rokiah Mahmud – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 APRIL – Rombongan terdiri daripada 41 orang ahli Persatuan Mualaf Islam Daerah Temburong (PESAT), kelmarin, telah mengadakan lawatan Hari Raya Aidilfitri ke kediaman Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan di RPN Kampung Lambak Kanan.

    Mengetuai rombongan berkenaan ialah Presiden PESAT, Awang Ashim Amrullah bin Abdul Rahman Menchok.

    Dalam ucapannya, Presiden PESAT mengucapkan terima kasih kepada Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim kerana mengalu-alukan kunjungan mereka dan pada masa yang sama, berharap ia dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama mualaf di Daerah Temburong.

    Lawatan itu juga bertujuan mendidik para mualaf untuk menjaga hubungan baik sesama mereka terutama pada bulan Syawal.

    Kemudian, lawatan disusuli dengan ucapan dan nasihat daripada Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim.

    Majlis itu menjadi platform untuk menyebarkan lagi dakwah dalam kalangan mualaf dan merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh persatuan berkenaan.

    Rombongan yang hadir pada majlis tersebut bergambar ramai di kediaman Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama di RPN Kampung Lambak Kanan. – GAMBAR OLEH ROKIAH MAHMUD
    Antara yang hadir pada lawatan tersebut. – GAMBAR OLEH ROKIAH MAHMUD

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    12 terbunuh dipancar kilat di India

    NEW DELHI, 17 MEI - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera, kelmarin akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India,...