Monday, May 12, 2025
27.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kunjungan hormat ke Kementerian Pertahanan

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jan – Kementerian Pertahanan, hari ini, telah menerima kunjungan daripada Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Yang Terhormat Jenderal Dato Paduka Seri Haji Gatot Nurmantyo yang sedang mengadakan lawatan perpisahan ke Negara Brunei Darussalam selama dua hari bermula kelmarin.

    Sejurus tiba di Bolkiah Garison, Kementerian Pertahanan, beliau disambut dengan perbarisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).

    Semasa kunjungan tersebut, kedua-kedua pihak telah menekankan hubungan pertahanan dua hala yang rapat di antara Brunei Darussalam dan Indonesia yang sudah lama terjalin melalui pertukaran lawatan, mesyuarat berperingkat dasar, serta pertukaran ketenteraan antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan TNI seperti mesyuarat-mesyuarat di antara ketiga-tiga perkhidmatan angkatan tentera, latihan, kursus dan eksesais.

    Yang Terhormat Jenderal Dato Paduka Seri Haji Gatot turut mengadakan kunjungan hormat kepada Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

    Yang Terhormat Jenderal Dato Paduka Seri Haji Gatot memegang jawatan Panglima TNI bermula 8 Julai 2015 hingga 8 Disember 2017.

    Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih bergambar ramai semasa menerima kunjungan hormat daripada Panglima TNI.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda