Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia

    Oleh Syahmi Hassan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MEI – Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah.

    Semasa kunjungan hormat tersebut, kedua-dua belah pihak menghargai persahabatan yang telah terjalin sejak sekian lama dan kerjasama baik yang telah dinikmati oleh kedua-dua negara, terutamanya dalam bidang perdagangan, pendidikan, pertahanan, sukan dan bidang-bidang lain.

    Sepanjang tempoh perkhidmatan TYT Dato’ Raja Reza, banyak lawatan di peringkat tinggi dan usaha telah dibuat untuk terus memperkukuhkan hubungan kedua-dua pihak.

    Tuan Yang Terutama turut mengucapkan terima kasih kepada negara atas segala bantuan yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatannya dalam merealisasikan semua komitmen dan usaha dalam memajukan dan memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua negara.

    Kedua-dua pihak berharap agar Negara Brunei Darussalam dan Malaysia terus mengekalkan hubungan baik dan dapat mengembangkan lagi kerjasama.

    Yang Berhormat Pehin mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Terutama atas kejayaannya menjalankan tugas-tugasnya sepanjang tempoh perkhidmatannya.

    Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman menerima kunjungan hormat daripada TYT Dato’ Raja Reza.- GAMBAR SERAHAN JABATAN MAJLIS-MAJLIS MESYUARAT

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda