Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 APRIL – Dalam menyemarakkan kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri, amalan kunjung-mengunjungi antara sanak-saudara dan rakan taulan terus diadakan di negara ini sekali gus menandakan hari kemenangan umat Islam itu terus diraikan dengan rasa syukur.
Sehubungan dengan itu, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman yang juga Penaung Ahli Jawatankuasa Takmir (AJK) Masjid Kampung Sungai Hanching menyertai rombongan AJK mengadakan kunju-ngan muhibah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini.
Di samping untuk memperkukuh hubungan silaturahim, kunjungan muhibah berkenaan merupakan peluang terbaik kepada AJK masjid untuk berinteraksi secara langsung dan cara untuk mendekati masyarakat kampung secara lebih mesra.
Kunjungan muhibah itu merupakan inisiatif AJK masjid untuk menyantuni bagi jalinan ukhuwah yang dihasrat bagi mempererat hubungan antara masjid dan masyarakat.
