Wednesday, April 30, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kunjungan muhibah erat silaturahim

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 APRIL – Seramai 25 peserta rombongan daripada Persatuan Pakatan Pemandu Berhemah Malaysia (PAKATAN PEMANDU) bersama Yayasan Taqwa – MAIWP Malaysia dengan kerjasama Santai Brunai fm, kelmarin, telah melaksanakan Program Lambaian Kasih dengan berkunjung ke Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Panchor, Mukim Mentiri.

    Dalam program tersebut, rombongan telah mengambil peluang untuk menunaikan solat Fardu Zohor di Masjid An Naim dan seterusnya mengambil peluang melihat segala prasarana dan kemudahan serta bergambar kenangan di masjid berkenaan.

    Ketibaan rombongan telah dialu-alukan oleh Pemangku Ketua Kampung, Kawasan 5, RPN Panchor, Haji Hairul Azri bin Haji Salamat, dan ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung Kawasan 5 dan sukarelawan Kawasan 5.

    Dalam kunjungan muhibah ke kampung berkenaan, rombongan juga berpeluang berkunjung ke kediaman Haji Hairul Azri, yang dalam ucapan beliau melahirkan penghargaan atas kunjung tersebut dan seterusnya dapat memperkukuhkan lagi silaturahim yang telah terjalin.

    Gambar ramai rombongan dan AJK majlis perundingan kampung dan sukarelawan Kawasan 5. – GAMBAR SERAHAN KAWASAN 5, RPN PANCHOR
    GAMBAR SERAHAN KAWASAN 5, RPN PANCHOR

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda