Saturday, January 4, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kunjungan muhibah Pesuruhjaya Polis Republik Singapura

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Mac – Pemangku Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar, hari ini, telah menerima kunjungan muhibah daripada Pesuruhjaya Polis Republik Singapura, Dato Paduka Seri Hoong Wee Teck.

    Hadir sama dalam kunjungan muhibah tersebut ialah Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam dan Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos serta pegawai-pegawai kanan dari kedua buah negara.

    Semasa kunjungan muhibah tersebut, Pemangku Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri dan Pesuruhjaya Polis Republik Singapura bertukar-tukar pandangan mengenai dengan isu-isu jenayah dan keselamatan serta kerjasama dan hubungan yang erat di antara Negara Brunei Darussalam dengan Republik Singapura di peringkat kementerian dan juga jabatan terutama sekali di antara Pasukan Polis Diraja Brunei dan Pasukan Polis Singapura.

    Dato Paduka Haji Hamdan bergambar ramai bersama rombongan Pesuruhjaya Polis Republik Singapura.
    Dato Paduka Haji Hamdan bergambar ramai bersama rombongan Pesuruhjaya Polis Republik Singapura.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda