Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kunjungan PM Bangladesh buka peluang ‘pintu emas’

    DHAKA, 30 Mac – Menteri Penerangan Hasanul Haq Inu berkata lawatan akan datang Perdana Menteri Sheikh Hasina ke India akan membukakan peluang ‘Pintu Emas’ dalam hubungan kedua-dua negara berjiran dan bersahabat itu.

    Menteri itu bercakap kepada para wartawan dari India di pejabatnya di sini.

    Ditanya oleh para wartawan apakah yang membuatkannya begitu yakin tentang lawatan Perdana Menteri itu ke India pada 7-10 April, dia berkata banyak kelambatan menunjukkan persediaan asas yang teliti yang telah membentuk ‘Jangkaan Besar’ di negara itu.

    Menteri itu juga mengenang sumbangan besar India ketika Perang Pembebasan dan berkata “Ramai rakyat India tidak mengetahui bahawa 8,000 tentera mereka telah berkorban demi kebebasan negara kita.” “Dengan itu kami memutuskan untuk membuat dokumentari audio-visual tentangnya menerusi usaha sama dengan India,” tambahnya lagi.

    Ditanya jika itu adalah sebuah filem atau fiksyen-dokumentari, dia berkata ‘Ia bukan fiksyen dokumentari dan bagi filem ia belum diputuskan lagi, hanya ia adalah dokumentari audio-visual.

    Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina bakal mengadakan lawatan rasmi ke India pada April depan. - AFP
    Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina bakal mengadakan lawatan rasmi ke India pada April depan. – AFP

    Tidak banyak yang boleh diperkatakan pada tahap ini.

    Ditanya tentang kemungkinan perkongsian perairan Teesta, dia berkata “Kami berharap. Kerajaan India telah menjanjikan kami perjanjian saksama. Tidak ada alasan untuk tidak mempercayainya.”

    Dalam menyelidiki isu Teesta dia berkata “Kita berkongsi 54 sungai antara kita. Dan perairan adalah jiwa kita. Kita memerlukan perjanjian menyeluruh GMB (Ganges-Meghna-Brahmaputra) untuk menyelesaikan isu air di rantau ini. ia akan menjana 80,000 megawatt elektrik, mengembangkan pelancongan dan menaikkan taraf kehidupan 400 juta rakyat di rantau ini yang masih hidup dalam kemiskinan.”

    Merujuk kepada sektor penerangan, dia berkata kami telah mempunyai empat Memorandum Persefahaman(MOU), kami inginkan MOU yang menyeluruh. Doordarshan(DD) telah pun mempunyai slot bagi BTV dan perjanjian serupa pada landas All India Radio.

    Kami telah pun mempunyai program “Maitree” dalam Akash-Vani.

    Dia juga merujuk kepada banyak kepentingan rakyat antara kedua-dua negara dan berkata kementerian-kementerian dalam negeri kedua-dua negara telah menubuhkan jaringan yang dibuka 24 jam bagi pertukaran semua kejadian berkaitan keganasan. Dia memberi respons kepada soalan tentang kejadian Sylhet baru-baru ini.

    “Pendirian kami ialah menentang pengganasan dan pengganas seberang sempadan, maka kerjasama kami adalah pada peringkat yang terbaik mungkin,” katanya lagi. – NNN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda