Oleh Nurdiyanah R
Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri masih terasa apabila Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Lambak Kanan telah mengadakan kunjungan majlis rumah terbuka ke rumah Setiausaha PKWE, Dayang Normah Jurulaki Haji Mohsin selaku di daerah berkenaan, baru-baru ini.
Menurut Dayang Normah, matlamat utama mengadakan majlis yang penuh kegembiraan ini ialah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan kekeluargaan di kalangan warga emas, sanak saudara dan sahabat handai.
Manakala bacaan Doa Selamat bagi memohon keberkatan Allah SWT dipimpin oleh Awang Emran bin Nasir, salah seorang ahli PWKE.
Acara kemudian diikuti dengan sesi menikmati hidangan yang telah disediakan.
