Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kunjungan semarakkan semangat kemasyarakatan

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan Kelab Nissan Patrol Brunei

    BELAIT, 7 JUN – Dalam sama-sama menyemarakkan lagi semangat kemasyarakatan di negara ini, seramai 30 orang ahli Kelab Nissan Patrol Brunei telah mengadakan kunjungan silaturahim ke Rumah Panjang Kampung Melilas, baru-baru ini.

    Rombongan diketuai oleh Dato Paduka Haji Ishak bin Haji Abdullah yang turut menyampaikan sumbangan keperluan asasi berupa makanan harian kepada para penduduk di rumah panjang tersebut.

    Terdahulu, acara dimulai dengan bacaan Doa Selamat bagi memberkati perjalanan dan diikuti dengan sedikit penerangan keselamatan yang disampaikan oleh ketua kelab tersebut, Kapten (B) Bakhir bin Haji Mohd Yussof.

    Acara berkenaan adalah sebagai salah satu aktiviti tanggungjawab sosial untuk sama-sama berkongsi rezeki di samping bertukar-tukar pandangan dan pengetahuan antara satu sama lain demi memperoleh manfaat bagi kepentingan meniti kehidupan sehari-hari.

    Dato Paduka Haji Ishak menyampaikan sumbangan keperluan asasi kepada salah seorang penduduk di Rumah Panjang Kampung Melilas, baru-baru ini.
    Doa Selamat dibacakan oleh Kapten (B) Bakhir bagi memberkati perjalanan sebelum kunjungan ke Rumah Panjang Kampung Melilas.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda