Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kunjungan tingkat pengetahuan mualaf di pedalaman

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 5 JULAI – Sebagai sebahagian daripada inisiatif berterusan untuk memberigakan maklumat serta membantu saudara baharu, terutamanya yang menetap di kawasan luar bandar mendalami agama Islam, Bahagian Pembangunan Mualaf dan Bahagian Pembangunan Dakwah bersama Unit Dakwah Daerah Belait telah mengadakan kunjungan ke Rumah Panjang Teraja, kelmarin.

    Mengetuai rombongan ialah Pemangku Ketua Bahagian Pembangunan Dakwah, Pengiran Haji Jufri bin Pengiran Haji Hidup yang dialu-alukan oleh setiausaha rumah panjang berkenaan, Gaung Jamit.

    Semasa lawatan itu, rombongan yang merangkumi 19 pegawai dan kakitangan dari Pusat Dakwah Islamiah (PDI) memberigakan maklumat mengenai agama Islam bagi mningkatkan lagi pengetahuan saudara-saudara baharu.

    Rombongan juga menyerahkan berupa wakaf Mushaf Universiti Islam Sultan Sharif Ali
    (UNISSA) yang diletakkan di rak buku di rumah panjang itu.

    Rombongan PDI bergambar ramai bersama penghuni rumah panjang yang dikunjungi.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda