Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    KUPB adakan mesyuarat agung

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JAN – Koperasi Usahajaya PEKIRA Berhad (KUPB), telah mengadakan Mesyuarat Agung Khas (Tergempar) 2022/2023, hari ini, di Dewan Sri Kerna, SEAMEO VOCTECH.

    Semasa mesyuarat, Pengerusi Lembaga Koperasi sesi 2022/2023, Pengiran Haji Sharifuddin bin Pengiran Haji Matali dalam ucapan alu-aluan telah mengongsikan antara lain tujuan mesyuarat berkenaan.

    Antara pengisian agenda mesyuarat adalah pembentangan laporan Mesyuarat Agung sesi 2021/2022 serta pengesahan Laporan Kewangan dan Laporan SUA sesi 2021/2022.

    Di samping itu, ahli Lembaga KUPB dan ahli lain juga mendengarkan penerangan dari Audit Luar Lucy Wong & Associates bagi tahun kewangan 2021/2022 selain pengesahan lantikan ALK sesi 2022/2023 dan Cadangan Pindaan Tambahan Koperasi KUPB.

    Pengiran Haji Sharifuddin menyampaikan ucapan alu-aluan pada mesyuarat tersebut. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    Antara yang hadir semasa mesyuarat berkenaan. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...