Thursday, February 20, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    KUPU SB anjur acara sambutan HK-41

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 FEB – Bagi sama-sama menyemarakkan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-41, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) mengadakan Upacara Menaikkan Bendera, bertempat di hadapan Bangunan Pentadbiran, KUPU SB kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat adalah Raes KUPU SB, Profesor Madya Dr Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani.

    Turut hadir adalah para pegawai eksekutif, pegawai utama, pensyarah, pegawai dan kakitangan serta mahasiswa-mahasiswi KUPU SB.

    Profesor Madya Dr Abdul Nasir hadir selaku tetamu kehormat.

    Upacara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Asma’ul Husna dan diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Exco Kesihatan dan Keselamatan, Majlis Perwakilan Pelajar, Persatuan Pelajar Sesi 2024/2025, Awang Muhammad Akmal Danial bin Haji Aminorrashid.

    Upacara seterusnya menyaksikan penyerahan bendera besar Negara Brunei Darusalam oleh Ra’es KUPU SB dan upacara menaikkan bendera berkenaan diiringi dengan nyanyian lagu kebangsaan Allah Peliharakan Sultan sebelum disusuli dengan tiga kali laungan takbir yang dipimpin oleh Raes KUPU SB.

    Atas & Bawah: Acara perbarisan masuk melibatkan pasukan beruniform.

     Upacara turut diserikan dengan perbarisan lalu yang melibatkan Pasukan-pasukan Beruniform, Majlis Perwakilan Pelajar, Persatuan Pelajar dan Mahasiswa-mahasiswi Tahun 1 KUPU SB dan diakhiri dengan bacaan doa.

    Upacara menaikkan bendera semasa acara berkenaan.

    Antara objektif upacara diadakan adalah untuk menyuntik semangat patriotik di samping menerapkan dan menimbulkan rasa cinta kepada tanah air sekali gus menanam falsafah Melayu Islam Beraja dalam kalangan warga KUPU SB.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda