Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    KUPU SB anjur bengkel keibubapaan, kitab Turath

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JUN – Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) melalui Pusat Kajian Fiqh al-Usrah dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan akan mengadakan Bengkel Kemahiran Keibubapaan Islam.

    Menurut KUPU SB, bengkel berkenaan akan diadakan selama dua hari, pada 4 dan 5 Julai, di Dewan Tarbiah, KUPU SB dengan diisikan tujuh modul.

    Pendaftaran adalah percuma bagaimanapun terhad kepada 25 orang peserta terawal sahaja, dengan tarikh tutup pendaftaran adalah pada 28 Jun pukul 4 petang.

    Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut untuk bengkel berkenaan, orang ramai bolehlah menghubungi talian 8628213 dan 7151785 atau e-mel info@kupu-sb.edu.bn.

    Dalam pada itu, KUPU SB melalui Pusat Penyelidikan dan Pengajian Jawi dan Kitab Turath juga membukakan Program Talaqqi Kitab Turath kepada orang awam.

    Bengkel tersebut akan diadakan selama dua bulan, bermula 3 Julai hingga 29 September, setiap Rabu dan Sabtu, bertempat di Dewan Tarbiah, KUPU SB.

    Kitab pengajian yang akan digunakan adalah tiga peringkat iaitu peringkat permulaan, peringkat lanjutan 2 dan peringkat takhtim 1. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 28 Jun pukul 4 petang.

    Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut untuk program berkenaan, orang ramai bolehlah menghubungi talian 715 2184 dan 869 8428 atau e-mel KUPU SB.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda