Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    KUPU SB anjur ICESS-01 2022 pada 22 Okt

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OKT – Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) akan mengadakan Seminar Antarabangsa Pendidikan dan Sains Sosial 2022 (ICESS-01 2022) pada 22 Oktober ini.

    Dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan Sains Kemasyarakatan dan Fakulti Pendidikan, seminar kali ini akan mengetengahkan tema iaitu ‘Pendidikan Sains Sosial dan Kemasyarakatan Pemangkin Kese-jahteraan Ummah’.

    Ia berobjektif untuk memperkasakan peranan bidang pendidikan sains sosial dan kemasyarakatan dalam menyediakan modal insan dan dalam era Revolusi Industri 4.0, di samping meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran yang relevan iaitu dengan berkongsi maklumat profesional dan saintifik sains sosial dan pendidikan semasa yang berhubung kait dengan isu dan cabaran masa kini berteraskan ajaran Islam.

    Dijangka hadir selaku tetamu kehormat pada seminar yang akan diadakan di Dewan Tarbiyah, KUPU SB itu ialah Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda