Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    KUPU SB anjur kempen hijau

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OGOS – Seramai 200 warga dan mahasiswa-mahasiswi Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) pagi tadi terlibat dalam kempen hijau iaitu kempen kebersihan anjuran KUPU SB melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar bertempat dalam kawasan kolej universiti tersebut.

    Antara objektif kempen diadakan adalah untuk meningkatkan kepekaan dan kesedaran dalam kalangan warga KUPU SB mengenai kepentingan menjaga kebersihan persekitaran bukan saja dalam kolej tetapi juga di luar kolej.

    Selain itu, kempen diharapkan dapat memupuk kemahiran kerja berpasukan dan bertindak cepat dalam kalangan warga KUPU SB.

    Kempen dimulakan dengan perhimpunan bagi bacaan Surah Al-Fatihah, Asma’ul Husna dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran di Dewan Tarbiah, KUPU SB.

    Turut diadakan ialah tazkirah pendek bertajuk Tazkiatun Nafs disampaikan oleh Penolong Ra’es (Penyelidikan, Perantarabangsaan dan perkhidmatan) KUPU SB, Dr Haji Abang Hadzmin bin Haji Abang Taha.

    Taklimat kempen disampaikan oleh Ketua Unit Keselamatan dan Kesejahteraan KUPU SB, Awang Abdul Hadi bin Haji Abdullah dan diselajurkan dengan senaman pemanasan badan sebelum kempen hijau dimulakan.

    ATAS & BAWAH : Antara mahasiswa yang turut serta dalam kempen tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda