Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Julai – Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), hari ini, telah mengadakan Majlis Apresiasi Minggu Ta’aruf ke-11 bagi pelajar-pelajar baru sesi 2017/2018 yang berlangsung di Dewan Tarbiyah, KUPU SB.
Majlis tersebut dihadiri oleh Pemangku Ra’es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar selaku tetamu kehormat majlis.
Minggu Ta’aruf merupakan aktiviti tahunan yang dikelolakan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar khusus untuk pelajar-pelajar baru sebagai salah satu usaha untuk memberi pendedahan tentang kepentingan memahami falsafah, visi dan misi KUPU SB.