Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    KUPU SB anjur sambutan Ihya ‘Eid Mubarak’

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MEI – Meskipun bulan Syawal semakin hampir ke penghujung, Sambutan Hari Raya Aidilfitri terus meriah diraikan dengan majlis-majlis ramah mesra dan rumah terbuka yang dianjurkan oleh pelbagai pihak.

    Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) juga mengadakan majlis sambutan Ihya ‘Eid Mubarak di Dewan Tarbiah, KUPU SB.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Raes KUPU SB, Dr Haji Adanan bin Haji Basar.

    Majlis sambutan kali ini diserikan dengan sumbangan derma kepada 15 orang anak yatim warga KUPU SB dan beberapa sekolah yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

    Antara objektif sambutan ialah bagi mengimarahkan dan memanifestasikan Hari Raya Aidilfitri iaitu salah satu hari kebesaran Islam sebagaimana yang disyariatkan dengan meraikan bersama, bermaaf-maafan dan mengeratkan talian silaturahim.

    Ia diharapkan dapat mengukuhkan semangat kekeluargaan dan ukhuwah dalam kalangan warga KUPU SB.

    Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Raes, Dr Haji Abang Hadzmin bin Haji Abang Taha; Pemangku Penolong Raes, Dr Hajah Norwati binti Haji Abu Bakar, pegawai-pegawai utama, pensyarah, pegawai dan kakitangan serta mahasiswa dan mahasiswi KUPU SB.

    Dr Haji Adanan ketika menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim yang hadir pada majlis tersebut.
    Dr Haji Adanan semasa melawat salah sebuah petak jamuan sambil diiringi oleh pegawai dan kakitangan KUPU SB.
    Antara pegawai dan kakitangan yang menyertai majlis sambutan hari raya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda