Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    KUPU SB juara trofi Hari Guru

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 SEPT – Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) muncul juara pada Kejohanan Bola Sepak 7 Orang Sepasukan edisi ke-8, bersempena sambutan Hari Guru ke-29, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) di Kementerian Pendidikan, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman.

    Setelah terikat seri dalam aksi sengit yang berakhir dengan jaringan 1-1, perlawanan diheret kepada penentuan sepakan penalti yang menyaksikan KUPU SB menewaskan Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-perkhidmatan (DA).

    Sementara Kluster 4 menyandang tempat ketiga selepas menewaskan Kluster 5A dalam perlawanan playoff penentuan tempat ketiga.

    Mohammad Sofiyuddin bin Haji Buntan meletakkan DA di depan apabila menjaringkan gol pembukaan selepas memulakan separuh masa pertama dengan baik.

    Namun KUPU SB kembali dalam persaingan selepas menjaringkan gol penyamaan di separuh masa kedua menerusi Mohd Aminuddin Zakwan Tahir.

    Kegembiraan Mohammad Sofiyuddin selepas menjaringkan gol pembukaan hilang apabila menyaksikan sepakan penaltinya diselamatkan oleh penjaga gol KUPU SB, Haji Isma, yang menjadi wira pasukannya dalam kemenangan itu.

    Antara tujuan kejohanan itu diadakan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Guru ke-29 2019 dan menggalakkan kakitangan dalam Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama untuk melakukan aktiviti sukan dalam kehidupan seharian.

    Awang Aliuddin bergambar ramai bersama juara kejohanan, KUPU SB.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda