Sunday, September 22, 2024
27.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    KUPU SB sertai Muktamar Bahasa Arab ke-5 di Kemboja

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 SEPT – Profesor Madya Dr Abdul Nasir bin Abdul Haji Rani, Ra’es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) beserta beberapa orang ahli akademik dari Pusat Bahasa, KUPU SB mewakili KUPU SB ke Muktamar bahasa Arab Asia Tenggara (Mubasat) kali ke-5 anjuran bersama Cambodia University of Management and Technology, berlangsung di Phnom Penh, Kemboja kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis dalam Muktamar berkenaan ialah Menteri Hal Ehwal Ugama Kemboja, H.E Dr Chay Borin yang seterusnya merasmikan majlis berkenaan.

    Di majlis berkenaan, seramai 14 pembentang daripada Indonesia, Thailand, Kemboja, Brunei, Malaysia, Vietnam dan Ukraine membentangkan kertas kerja kajian mereka.

    Dalam ucapan selaku ahli jawatankuasa penganjuran Muktamar, Profesor Madya Dr Abdul Nasir mengalu-alukan kerjasama berterusan antara Negara Brunei Darussalam dan Kemboja terutamanya dalam bidang pengajaran dan penyebaran bahasa Arab sepertimana yang dilaksanakan dalam majlis berkenaan.

    Profesor Madya Dr Abdul Nasir semasa menyampaikan ucapan.

    Dengan tema Piawaian pengajaran Bahasa Arab di Asia Tenggara: Antara Harapan dan Aspirasi, objektif majlis berkenaan termasuk menyediakan wadah perbincangan mengenai perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di Negara Brunei Darussalam dan Asia Tenggara.

    Fokus utama perbincangan berkaitan dengan kepentingan membentuk piawaian pengajaran Bahasa Arab yang berkualiti daripada aspek kurikulum, kemahiran guru, penilaian dan lainnya agar dapat diamalkan di institusi-institusi ahli dan seterusnya memberi manfaat kepada semua yang berkaitan dalam bidang pengajaran dan penyebaran Bahasa Arab.

    Rombongan berkenaan turut menghadiri mesyuarat penyelarasan Mubasat kali ke-6 bagi tahun 2025.

      Suasana sekitar majlis berkenaan.GAMBAR SERAHAN KUPU SB

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda