Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    KUPU SB, Yayasan jalin kerjasama

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan Yayasan dan KUPU SB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 SEPT – Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) menjalinkan kerjasama dengan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai secara maya, hari ini.

    Penandatanganan MoU tersebut disempurnakan oleh Ra’es KUPU SB, Dr Haji Adanan bin Haji Basar bagi mewakili KUPU SB manakala menandatangani bagi pihak Yayasan ialah Pemangku Pengarah Urusan, Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak.

    Dr Haji Adanan dalam ucapan alu-aluannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian pihak Yayasan untuk menjadi rakan strategik KUPU SB dalam merealisasikan wawasan dan matlamat penubuhan institusi masing-masing.

    “Dengan termeterainya perjanjian ini, diharap kedua-dua belah pihak akan mendapat banyak kebajikan dan beroleh keberkatan daripada Allah SWT,” jelas Dr Haji Adanan.

    MoU antara KUPU SB dan Yayasan meliputi kerjasama dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, penempatan tenaga pengajar dan pelajar, kursus-kursus latihan, pertukaran penerbitan, program kerjasama penyelidikan dan pengajaran, pembantu teknikal atau latihan serta kerjasama dalam mana-mana bidang-bidang yang bermanfaat kepada dua-dua belah pihak.

    Turut hadir menyaksikan majlis penandatanganan berkenaan secara maya ialah pegawai-pegawai utama KUPU SB, penolong pengarah urusan, pegawai serta kakitangan pihak Yayasan.

    Dr Nor Imtihan ketika majlis meterai MoU bagi pihak Yayasan.
    Dr Haji Adanan semasa majlis menandatangani MoU bagi pihak KUPU SB yang diadakan secara maya, kelmarin.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda