Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kura-kura Galapagos sambut ulang tahun ke-135

    MIAMI, 15 JUN – Penghuni tertua zoo Florida Selatan menyambut hari lahirnya yang ke-135 dan Hari Bapa pertamanya pada hari ini.

    Goliath, seekor kura-kura Galapagos seberat 517 paun (234 kilogram) di Zoo Miami, menjadi bapa buat kali pertama awal bulan ini, kata pegawai zoo.

    “Goliath adalah wira saya, dan saya pasti ia akan menjadi inspirasi kepada ramai yang lain!” kata jurucakap Zoo Miami, Ron Magill dalam satu kenyataan.

    “Ia adalah bukti hidup bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan dan tidak pernah berputus asa!”

    Sebiji telur daripada lapan telur kura-kura pada 27 Januari berjaya menetas pada 4 Jun, kata pegawai. Selain menjadi anak pertama Goliath, ia juga merupakan kali pertama salah satu reptilia yang terancam itu menetas di Zoo Miami.

    Bilangan haiwan telah berkurangan secara drastik sebelum abad ke-20 disebabkan eksploitasi manusia dan pengenalan spesies invasif ke Kepulauan Galapagos.

    Ancaman moden termasuk perubahan iklim dan kehilangan habitat.- AP

    Gambar serahan Zoo Miami menunjukkan kura-kura Galapagos, Goliath, bertemu dengan anak pertamanya pada 12 Jun di Zoo Miami. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda