Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Kurang bekalan, harga ayam melambung

    KUALA LUMPUR, 25 MEI – Terdapat peniaga yang menjual ayam melebihi harga siling berikutan kekurangan bekalan ayam, namun ia masih boleh dibeli pada harga serendah RM6.99 sekilogram di pasaran.

    Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan peniaga menjual ayam bulat pada harga RM8.90 sekilogram seperti yang ditetapkan kerajaan Malaysia.

    Berdasarkan kemas kini harga harian di aplikasi Price Catcher oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati harga ayam bulat standard dijual sekitar RM6.99 sehingga RM9.50 sekilogram, manakala ayam bulat super dijual sekitar RM7.90 ke RM10.90 sekilogram di Malaysia, setakat semalam.

    Harga terendah di Lotus’s Selayang iaitu RM6.99 sekilo, manakala beberapa premis pula menjualnya pada harga RM8.90 sekilogram antaranya Mydin (Sinar Kota), Pasaraya Ong Tai Kim (Sentul),  Pasar Pudu, NSK Trade City (Jalan Peel) dan Pasar Batu 5.

    Aplikasi berkenaan menyediakan harga terendah dan tertinggi berdasarkan tinjauan KPDNHEP dalam masa tiga bulan dan boleh ditetapkan mengikut radius kawasan.

    Di Kelantan, peniaga, Hafiz Mustapa, 34, berkata dia terpaksa menaikkan harga RM2 bagi seekor ayam berbanding harga kebiasaan yang dijualnya berikutan kekurangan bekalan sejak tiga hari lepas.

    Di Perak, tinjauan mendapati harga ayam standard di kedai dan pasar basah sekitar Ipoh meningkat sehingga RM9.30 sekilogram semalam berbanding RM8.30 sekilogram.

    Seorang peniaga Muhammad Qusyairi, 30 berkata isu kekurangan bekalan ayam menyebabkan harga ayam semakin tinggi.

    Di Selangor tinjauan di beberapa lokasi mendapati ayam habis dijual dengan harga antara RM8.90 dan RM10.50 sekilogram. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...