Wednesday, January 29, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Kurang perancangan teliti punca nahas pertunjukan udara 2022’

    WASHINGTON, 10 DIS – Penyiasat persekutuan kelmarin berkata punca nahas dua pesawat tentera vintaj pada pertunjukan udara 2022 di Texas adalah disebabkan oleh kekurangan perancangan yang teliti bagi memastikan pesawat itu diasingkan tetapi sebaliknya ia bergantung pada ‘strategi lihat dan elak’ oleh juruterbang.

    Sebuah pesawat pejuang Bell P-63F sedang turun dan melayang ke kiri apabila ia melintasi sayap kiri pesawat pengebom Boeing B-17G dari belakang.

    Kesemua enam orang di dalam pesawat era Perang Dunia Kedua – juruterbang pejuang, dan juruterbang serta pembantu juruterbang termasuk tiga lagi kru kapal pengebom itu – terbunuh.

    Penyiasat Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) berkata kelmarin bahawa jarak penglihatan juruterbang dihadkan oleh laluan penerbangan, halangan di kokpit, dan ‘tuntutan perhatian yang berkaitan dengan prestasi pertunjukan udara.’

    Penyiasat berkata kemungkinan punca kemalangan itu adalah disebabkan kekurangan taklimat mengenai pengasingan pesawat oleh penganjur pertunjukan dan pegawai udara yang menggunakan teropong dan radio dua hala untuk mengarahkan juruterbang.

    Sebaliknya, mereka bergantung ‘pada arahan masa nyata pegawai udara untuk mengurangkan risiko pelanggaran dan strategi lihat dan elak untuk menghindari perlanggaran,” kata penyiasat.

    Pertunjukan itu diadakan oleh Commemorative Air Force, sebuah kumpulan bukan untung yang berdedikasi untuk memelihara pesawat tentera.

    Kumpulan itu tidak segera membalas permintaan untuk memberikan komen.

    Kesimpulan itu berkait rapat dengan hasil dapatan awal yang dikeluarkan oleh lembaga tersebut pada akhir 2022. – AP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda