Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS kurangkan bantuan kepada Afghanistan

    WASHINGTON, 24 MAC – Setiausaha Negara, Mike Pompeo berkata bahawa Amerika Syarikat (AS) telah mengurangkan bantuan bernilai $1 bilion kepada Afganistan, melahirkan kekecewaan bahawa ketua saingan yang menerima lawatan, gagal untuk membina kerajaan yang inklusif.

    “Amerika Syarikat kecewa dengan mereka dan apa yang telah dilakukan oleh mereka bermakna kepada Afganistan dan kepentingan kami,” Pompeo berkata dalam kenyataan selepas beliau mengadakan perbincangan dengan Presiden Ashraf Ghani dan persaingnya, Abdullah Abdullah di Kabul.

    “Kegagalan mereka telah memberikan kesan kepada hubungan AS-Afgan dan, sedihnya, tidak menghormati Afganistan, AS dan rakan gabungan yang telah menggadaikan nyawa dan wang mereka dalam perjuangan membina sebuah masa depan untuk negara pernah bergolak itu.”

    Pompeo berkata AS serta-merta mengurangkan $1 bilion dalam bantuan dan akan menyerahkan $1 bilion lagi pada 2021.

    AS turut mempertimbangkan pemotongan pada masa akan datang, termasuk membatalkan sokongan ke atas mana-mana persidangan pada masa akan datang, tambahnya.

    Pompeo mengeluarkan kenyataan itu dalam perhentiannya di Qatar dalam perjalanan pulang selepas mengadakan rundingan dengan Taliban dalam perbincangan peringkat tinggi di antara pihak pemberontak dan AS. -AFP

    Mike Pompeo ketika mengadakan perjumpaan dengan Presiden Afganistan Ashraf Ghani kelmarin. -AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda