Monday, February 3, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Kurangkan bantuan makanan bukan penyelesaiannya’

    KUALA LUMPUR, 27 FEB – Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar di Malaysia (Merhrom) terkejut dengan keputusan Program Makanan Sedunia (WFP) memotong bantuan makanan Rohingya di Kem Pelarian Cox’s Bazar.

    Presidennya Zafar Ahmad Abdul Ghani dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jumaat menjelaskan bahawa tindakan ini akan memaksa mereka meninggalkan kem dan lebih ramai pelarian Rohingya akan jatuh ke tangan penyeludup manusia.

    “Jumlah pelarian, terutama kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan adalah di luar jangkaan. Lebih ramai wanita akan dipaksa melacur dan lebih ramai kanak-kanak akan menjadi buruh paksa,” katanya dalam kenyataan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda