Friday, July 5, 2024
27.2 C
Brunei

    -

    Kurangkan separuh sisa makanan boleh atasi kelaparan – Laporan

    PARIS, 2 JULAI – Mengurangkan separuh sisa makanan boleh mengurangkan pelepasan pemanasan iklim dan menamatkan krisis kekurangan zat makanan untuk 153 juta orang di seluruh dunia, kata Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) dan agensi makanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam laporan bersama hari ini.

    Kira-kira satu pertiga daripada makanan yang dihasilkan untuk kegunaan manusia hilang atau dibazirkan secara global, menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian mengakibatkan pelepasan yang tidak berguna dan makanan yang kurang tersedia untuk mereka yang memerlukannya.

    Menjelang 2033, jumlah kalori yang hilang dan terbuang ketika hasil keluaran meninggalkan ladang dan sampai ke kedai-kedai serta isi rumah boleh meningkat lebih dua kali ganda daripada jumlah kalori yang digunakan pada masa ini di negara-negara berpendapatan rendah dalam setahun, kata laporan itu.

    Mengurangkan separuh jumlah makanan yang hilang dan terbuang sepanjang perjalanan dari ladang ke meja makan “berpotensi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau pertanian global sebanyak empat peratus dan bilangan orang yang kurang zat sebanyak 153 juta menjelang 2030,” menurut laporan itu.

    “Sasaran ini bersifat amat bercita-cita tinggi dan memerlukan perubahan besar oleh pihak pengguna dan pengeluar,” tambah mereka.

    Pertanian, perhutanan dan penggunaan tanah lain menyumbang kira-kira satu perlima daripada pelepasan gas rumah hijau global yang disebabkan oleh manusia. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Waktu sarapan McDonald’s Australia dipendekkan

    SYDNEY, 4 JULAI – Rangkaian makanan segera McDonald’s di Australia telah memendekkan waktu perkhidmatan sarapan akibat kekurangan bekalan telur berikutan wabak selesema burung yang...