Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kursus asas penyiasatan kukuh penguatkuasaan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OKT – Seramai 21 peserta yang mengikuti Kursus Asas Penyiasatan selama tiga hari bermula 19 Oktober lalu telah menamatkan kursus mereka dan menerima sijil kelmarin.

    Menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Kesihatan di sini hari ini, kursus dikendalikan oleh Pejabat Pengurusan Lembaga-lembaga, Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Pasukan Polis Diraja Brunei bermatlamat untuk meningkatkan dan memperkukuhkan lagi pengetahuan serta pengalaman para peserta kursus dalam melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan khususnya dalam hal ehwal perisikan, penyiasatan dan pendakwaan.

    Kursus itu disertai oleh 21 orang pegawai dari Pejabat Pengurusan Lembaga-lembaga serta lembaga-lembaga di bawahnya iaitu Lembaga Perubatan Brunei, Lembaga Jururawat bagi Brunei, Lembaga Farmasi Brunei Darussalam, Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Brunei Darussalam, Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari, Unit Penguatkuasaan dan Pelesenan Fasiliti dan Profesional Kesihatan, Bahagian Komplians dan Pelesenan, Jabatan Perkhidmatan Farmasi serta Jabatan Perkhidmatan Pergigian, Kementerian Kesihatan.

    Majlis penutup diselajurkan dengan penyampaian sijil oleh tetamu kehormat, Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan, Kementerian Kesihatan, Pengiran Dr Haji Mohd Khalifah bin Pengiran Haji Ismail.

    Pengiran Dr Haji Mohd Khalifah menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta Kursus Asas Penyiasatan. – Gambar serahan Kementerian Kesihatan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda