Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kursus bantu pelajar hadapi situasi kecemasan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 SEPT – Seramai 40 orang pelajar tempatan yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar, Republik Arab Mesir, baru-baru ini, telah menghadiri Kursus Life Saver 995 dan Kursus Pemeriksaan Keselamatan Bangunan.

    Kursus yang diadakan di Bilik Taklimat PRO, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Landasan Lama, Berakas itu antara lain berobjektif untuk melengkapi para pelajar dengan ilmu dan kemahiran dalam menghadapi situasi kebakaran dan kecemasan.

    Melalui kursus itu, pelajar yang terlibat dilantik selaku marsyal bomba di dua buah bangunan kediaman pelajar-pelajar Negara Brunei Darussalam di Kaherah, Republik Arab Mesir.

    Kedua-dua kursus berkenaan diungkayahkan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Tenaga Manusia dan Biasiswa Jabatan Pengajian Islam (JPI) dengan kerjasama JBP.

    Ia juga merupakan salah satu program bagi perkembangan diri dan kemahiran untuk para pelajar yang menerima biasiswa semasa mereka menjalani cuti semester di tanah air.

    Antara peserta mencuba teknik memadam api menggunakan alat pemadam api semasa kursus tersebut. – Gambar serahan JPI
    Antara pelajar yang mendengarkan taklimat semasa kursus tersebut. – Gambar serahan JPI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda