Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kursus bimbing bakal jemaah haji

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Seramai 959 orang bakal jemaah haji telah hadir pada sesi pertama Kursus Ibadah Haji dan Umrah bagi Musim Haji tahun 1445H/2024M bagi bakal-bakal jemaah haji Negara Brunei Darussalam yang diadakan secara serentak di keempat-empat daerah bermula hari ini.

    Menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), para bakal jemaah haji terdiri daripada seramai 720 orang dari Daerah Brunei dan Muara, 118 orang dari Daerah Belait, 94 dari Daerah Tutong dan 27 dari Daerah Temburong.

    Kursus-kursus berkenaan berlangsung di lapan buah sekolah agama terpilih di keempat-empat daerah yang digunakan sebagai pusat kursus iaitu empat buah di Daerah Brunei dan Muara, dua di Daerah Belait dan masing-masing sebuah sekolah di Daerah Tutong dan Temburong.

    Kursus yang dikendalikan oleh Jabatan Urusan Haji, KHEU melalui Bahagian Bimbingan Haji dan Umrah itu bertujuan untuk membantu bakal-bakal jemaah haji mempelajari dan memahami di samping meningkatkan pengetahuan mengenai manasik haji secara teori dan praktikal agar bakal jemaah dapat melaksanakan ibadat haji dengan teratur dan sempurna.

    Para pengkursus yang terpilih terdiri daripada mereka yang mempunyai ilmu yang luas dalam bidang fiqh khususnya mengenai manasik haji dan umrah serta mempunyai pengalaman mengajar dan memberikan bimbingan haji kepada bakal jemaah haji yang dikendalikan oleh Jabatan Urusan Haji sebelum ini.

    Kursus Ibadat Haji akan diadakan pada setiap Jumaat dan Ahad sebanyak 10 sesi bermula 8 pagi hingga 10:30 pagi secara serentak di keempat-empat daerah hingga 8 Mac depan.

    Antara bakal jemaah haji yang menghadiri kursus tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNADI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda