Thursday, April 10, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kursus haji bagi 2024 bermula 24 September

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 SEPT – Kursus haji untuk bakal jemaah haji bagi 2024 akan bermula pada 24 September depan di lapan buah masjid di seluruh negara.

    Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dalam kenyataannya menyatakan bahawa Kursus Asas Haji dan Umrah bagi Tahun 1445H/2023M akan dikendalikan dalam enam sesi iaitu pada 24 September, 1, 8, 15, 22, dan 29 Oktober bermula 8 pagi hingga 10 pagi.

    Bagi Daerah Brunei dan Muara, ia akan dijalankan di Masjid Mohammad Bolkiah, Kampung Serusop; Masjid Sultan Sharif Ali, Kampung Sengkurong; Masjid Hassanal Bolkiah, Kampung Perpindahan Mentiri, dan Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampung Rimba.

    Bagi Daerah Tutong pula akan diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, Daerah Belait di Masjid Mohammad Jamalul Alam, Kuala Belait dan Masjid Zainab, Lumut, manakala itu, bagi Daerah Temburong akan diadakan di Masjid Utama Muhammad Salleh, Pekan Bangar Temburong.

    Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan hadir untuk mengikuti kursus tersebut pada tarikh-tarikh, masa dan tempat berkenaan.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda