Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OGOS – Kursus Asas Haji dan Umrah bagi Tahun 1446H/2024M akan diadakan sebanyak 6 sesi di 7 buah masjid yang terpilih di seluruh negara bermula jam 8 pagi hingga 10 pagi.
Kursus anjuran Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Bahagian Bimbingan Haji dan Umrah bermula pada 25 Ogos dan 1, 8, 15, 22 dan 29 September.
Tempat kursus bagi Daerah Brunei dan Muara akan diadakan di Masjid Mohamed Bolkiah, Kampong Serusop Masjid Sultan Sharif Ali, Kampong Sengkurong Masjid Hassanal Bolkiah, Kampong Mentiri dan Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampong Rimba.
Untuk Daerah Tutong pula, kursus akan diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong.
Sementara Daerah Belait akan diadakan di Masjid Mohammad Jamalul Alam, Kuala Belait, manakala Daerah Temburong Di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar.

Orang ramai yang ingin ikut serta adalah dialu-alukan untuk hadir pada tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan.


