Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JAN – Kursus Ibadat Haji dan Umrah Khusus anjuran Jabatan Urusan Haji melalui Bahagian Bimbingan Haji dan Umrah bagi bakal jemaah haji yang akan menunaikan ibadat haji pada musim haji tahun 2025, diteruskan lagi hari ini untuk sesi yang ketiga di beberapa pusat kursus yang telah ditetapkan.
Sebanyak 10 sesi kursus ibadat haji yang diadakan pada setiap hari Jumaat dan Ahad dari pukul 8 pagi hingga 10:30 pagi bermula pada 17 Januari hingga 16 Februari.
Pusat-pusat Kursus lbadat Haji dan Umrah di Daerah Brunei dan Muara ialah Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Amal Ummi Kalthum Al-lslam, Kampung Kilanas; Sekolah Ugama Lambak Kanan, Jalan 1, Kampung Perpindahan Lambak Kanan; Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, Kampung Perpindahan Berakas dan Sekolah Ugama Sungai Besar, Kampung Sungai Besar.
Manakala di Daerah Belait, pusat kursus di Sekolah Ugama Paduka Seri Begawan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien, Kuala Belait. Sementara di Daerah Tutong, kursus diadakan di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Norain, Tutong dan Daerah Temburong di Sekolah Arab Temburong, Pekan Bangar.