Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kursus ibadat haji, umrah bermula 26 Januari

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JAN – Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Bahagian Bimbingan Haji dan Umrah akan mengadakan Kursus Ibadat Haji dan Umrah bagi Musim Haji Tahun 1445H/2024M pada setiap Jumaat dan Ahad bermula 26 Januari ini.

    Kursus berkenaan akan diadakan sebanyak 10 sesi di lapan buah sekolah agama dan Arab yang terpilih di seluruh negara bermula jam 8 pagi hingga 10:30 pagi.

    Kursus akan dilaksanakan pada 26 dan 28 Januari, 2, 4, 16, 18 dan 25 Februari dan 1, 3 serta 8 Mac.

    Tempat kursus bagi Daerah Brunei dan Muara ialah di Sekolah Ugama Lambak Kanan, Jalan 1, Kampung Perpindahan Lambak Kanan; Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Amal Umi Kalthum Al-Islam, Kampung Mulaut; Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, Kampung Berakas dan Sekolah Ugama Sungai Besar, Kampung Sungai Besar.

    Bagi Daerah Belait, di Sekolah Ugama Paduka Seri Begawan Sultan Omar Ali Saifuddien, Kuala Belait dan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Rashidah Saadatul Bolkiah Pekan Seria.

    Bagi Daerah Tutong akan berlangsung di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Norain, Tutong dan Daerah Temburong di Sekolah Arab Temburong.

    Sehubungan itu, bakal-bakal jemaah haji adalah dialu-alukan hadir untuk mengikuti kursus tersebut pada tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda