Wednesday, May 14, 2025
32.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kursus kemahiran PPB cetus inspirasi kemahiran pekerjaan

    Oleh Lenna N.B.

     

    “SAYA mempunyai kelulusan High National Diploma (HND) selepas menerima Ijazah dalam bidang Perkembangan Sistem dan Komputer Level 5 (Computing and Sistem Development Level 5) di Kolej Laksamana. Seperti graduan-graduan yang lainnya, saya mencari pekerjaan dari SPA, APTK, dan syarikat-syarikat Swasta. Lebih daripada 100 jawatan, namun tiada yang menyangkut. Dapat kerjapun, gaji tidak dibayar selama setahun. Sehinggalah akhirnya saya masuk ke Pusat Pembangunan Belia, untuk mencari kemahiran yang lainnya, mungkin di sinilah masa depan saya,” ucap Nur Ayu Zurainie binti Janie, 24, salah seorang peserta Pusat Pembangunan Belia di bidang Pastri dan Konfeksyenari.

    Menurut Awang Haswandi bin Haji Osman, Pemangku Penolong Pengarah Pusat Pembangunan Belia, sejak tahun 2015, belia-belia yang berdaftar menyertai kursus-kursus Pusat Pembangunan Belia bukan sahaja terdiri daripada mereka yang tercorot dalam pelajaran atau tidak dapat meneruskan pendidikan formal, tetapi belia-belia yang berpendidikan tinggi, dan yang tidak berkerja, mencari kemahiran untuk membina karier mereka.

    “Antara faktor yang mendorong mereka mendapatkan kemahiran di sini adalah disebabkan sukar mencari pekerjaan, sehinggakan memilih untuk menambah kemahiran di mana mereka lebih diperlukan dalam peluang-peluang pekerjaan tanahair. Walaupun kelulusan mereka mungkin terlalu tinggi untuk syarat kelayakan Pusat Pembangunan Belia, kami percaya kemahiran yang pelbagai dapat membentuk karier masa depan mereka. Justeru itulah, kami bersedia menerima belia dari pelbagai latar pendidikan, untuk mempelajari bidang-bidang kemahiran yang mereka ingin ceburi,” jelas Awang Haswandi.

    Penubuhan PPB

    Pada mulanya, ia merupakan sebuah ‘Pilot Project’ yang dibentuk dalam tahun 1992 di bawah Jabatan Belia dan Sukan, dikenali juga sebagai ‘Skim Latihan dan Kemajuan Belia’ yang dilaksanakan di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan. Pada tahun 1995, skim tersebut berjaya menjalankan empat buah kursus merangkumi bahagian masakan, solekan dan kecantikkan, jahitan dan pemprosesan makanan.

    Aktiviti sukan ria membentuk belia yang sihat.
    Aktiviti sukan ria membentuk belia yang sihat.
    Kursus Kemahiran Penyediaan Makanan.
    Kursus Kemahiran Penyediaan Makanan.
    Perbarisan sebagai sebahagian daripada Program Pembangunan Belia.
    Perbarisan sebagai sebahagian daripada Program Pembangunan Belia.

    Sehinggalah pada tahun 1996, skim tersebut telah diperbaharui menjadi Program Pembangunan Belia yang beroperasi sepenuhnya di Pusat Pembangunan Belia (PPB), Jalan Utama Tanah Jambu. Sejak itu, mulalah Pusat Pembangunan Belia menjadi platform bagi anak-anak tempatan mempelajari pelbagai kursus-kursus kemahiran yang telah ditawarkan. Melalui kemahiran tersebut, mereka bukan sahaja berpeluang membuka perniagaan sendiri tetapi mempunyai peluang pekerjaan yang lebih cerah terutamanya dari segi perkhidmatan-perkhidmatan yang diperlukan oleh syarikat-syarikat swasta.

    Kursus-kursus PPB

    Sejak penubuhan PPB pada tahun 1996, pelbagai kursus telah ditawarkan berdasarkan pasaran pekerjaan pada masa itu, iaitu bahagian masakan dan katering, kek dan pastri, solekan dan rambut, jahitan dan sulaman serta kemahiran komputer. Pada tahun 2007, kursus-kursus di bidang teknikal mula diperkenalkan. Kini semakin banyak kursus-kursus telah ditawarkan oleh PPB. Dengan adanya kursus ini para belia dapat mengambil peluang mengasah kemahiran mereka.

    Pusat Pembangunan Belia kini telah membuka pendaftaran bagi para belia khususnya Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berusia dari 18 tahun keatas untuk menyertai bidang-bidang kursus yang diminati. Sejumlah 10 kursus telah dibukakan iaitu (1) Diploma dalam Baik Pulih Badan Kenderaan (Diploma Accident Repair Body), (2) Kemahiran Komputer dalam rekabentuk 2D peringkat 2 (Level 2 Award In Computer Aided Design), (3) Kemahiran Asas Perpaipan (Skills Proficiency Certificate Basic Plumbing), (4) Kemahiran Asas Penghawa Dingin dan Pendinginan (Skills Proficiency Certificate Basic Refrigeration & Air Conditioning), (5) Kemahiran Fabrikasi, Kimpalan dan Perpaipan (Skills Proficiency Certificate Fabrication, Welding & Pipework), (6) Kemahiran IT untuk Aplikasi Pejabat (Skills Proficiency Certificate IT for Office Application), (7) Kemahiran Penyediaan Makanan (Skills Proficiency Ceritificate Food Preparation), (8) Kemahiran Perkhidmatan Makanan dan Minuman (Skills Proficiency Certificate Food & Beverages Services), (9) Kursus Asas Kemahiran Teknologi Rekaan Fesyen dan (10) Kursus Asas Kemahiran Terapi Kecantikan.

    Sijil Iktiraf Antarabangsa

    “Sejak tahun 2015, Alhamdullillah kini Pusat Pembangunan Belia menggunakan sijil yang diiktiraf antarabangsa iaitu City & Guild, untuk dianugerahkan kepada belia-belia yang lulus dalam peperiksaan kemahiran. Dengan sijil ini, mereka bukan sahaja mendapat peluang pekerjaan di sini tetapi juga di luar negara,” ujar Awang Haswandi.

    Sekitar Kursus Kemahiran Fabrikasi, Kimpalan dan Perpaipan (Skills Proficiency Certificate Fabrication, Welding & Pipework).
    Sekitar Kursus Kemahiran Fabrikasi, Kimpalan dan Perpaipan (Skills Proficiency Certificate Fabrication, Welding & Pipework).
    Dayang Nur Ayu ketika sedang mengikuti kursus Pastri dan Konfeksyenari di Pusat Pembangunan Belia.
    Dayang Nur Ayu ketika sedang mengikuti kursus Pastri dan Konfeksyenari di Pusat Pembangunan Belia.
    Kursus Asas Kemahiran Teknologi Rekaan Fesyen.
    Kursus Asas Kemahiran Teknologi Rekaan Fesyen.
    Kemahiran Asas Penghawa Dingin dan Pendinginan.
    Kemahiran Asas Penghawa Dingin dan Pendinginan.

    Menurutnya, sejumlah lapan kursus di bawah Pusat Pembangunan Belia kini diiktiraf sijil City & Cuilds, dan dua buah kursus lagi masih dalam proses penaiktarafan. Justeru itu, kini Pusat Pembangunan Belia telah membuka dua kali kemasukkan iaitu bagi sesi kemasukkan Januari dan sesi kemasukkan Julai.

    “Setiap sesi kemasukkan adalah terhad kepada 100 orang belia sahaja. Justeru itu, dalam masa setahun, kami menerima seramai 200 orang belia. Keramaian peserta setiap kursus pula adalah tidak tetap kerana bergantung kepada minat atau bidang yang mereka ingin ceburi.”

    Tempoh Program

    Setiap belia yang telah diluluskan pendaftarannya hendaklah memenuhi tempoh program Pusat Pembangunan Belia iaitu kira-kira setahun merangkumi enam bulan latihan kemahiran di Pusat Pembangunan Belia dan enam bulan penempatan kerja sama ada di sektor Swasta atau Kerajaan. Disamping itu, peserta-peserta dimestikan bermalam di asrama pusat sepanjang tempoh latihan kemahiran kerana mereka bukan sahaja menyertai program latihan kemahiran tetapi juga Program Pembangunan Diri belia.

    “Program pembangunan diri yang dimaksudkan adalah sebuah program untuk membentuk jati diri belia. Mereka dilatih dengan penuh disiplin, semangat kemasyarakatan, keagamaan, sivik, cinta negara, belia berdikari dan sebagainya. Ringkasnya, kami berusaha menanamkan ciri-ciri Melayu Islam Beraja dalam diri belia yang membentuk pemikiran mereka secara positif, maju kehadapan dan berterampilan,” tambah Awang Haswandi lagi.

    Dari segi syarat kemasukkan, di samping berkerakyatan Brunei, belia hendaklah masih bujang, mempunyai minat dan kemahuan yang tinggi terhadap kursus yang dipilih, tamat atau berhenti sekolah dan belum berkerja, mempunyai tubuh badan yang sihat, boleh membaca, menulis dan mengira, dan bagi sesetengah kursus terutamanya bilangan (1) hingga (5), sekurang-kurangnya menduduki tingkatan tiga atau tahun sembilan dan bagi kursus (6) sekurang-kurangnya mempunyai BTEC Level 2 atau 2 ‘O’ Level atau 3 ‘O’ Level.

    Awang Haswandi ketika ditemuramah Media Permata baru-baru ini.
    Awang Haswandi ketika ditemuramah Media Permata baru-baru ini.
    Dayang Nur Ayu Zurainie, salah seorang peserta Pusat Pembangunan Belia di bidang Pastri dan Konfeksyenari.
    Dayang Nur Ayu Zurainie, salah seorang peserta Pusat Pembangunan Belia di bidang Pastri dan Konfeksyenari.

    Borang permohonan bolehlah didapati di cawangan utama Pusat Pembangunan Belia, Tanah Jambu, Cawangan Belia Pusat Pembangunan Belia, Jalan Maulana, serta seluruh daerah Pusat Belia. Program Pusat Pembangunan Belia kini telah dibuka untuk kemasukkan sesi Julai dan tarikh akhir menghantar borang pendaftaran adalah 29 April 2017 ini, jam 4 petang.

    Masa Depan PPB

    “InsyaAllah kami dalam proses menaiktarafkan kursus-kursus yang ditawarkan, bukan sahaja peringkat kemahiran asas tetapi mencapai ke taraf Diploma. Disamping itu, kami berusaha mempertahankan konsep pembelajaran praktikal iaitu kira-kira 80 peratus praktikal seperti yang telah kami ketengahkan pada masa ini dan selebihnya adalah teori untuk memperlengkapkan kemahiran belia di ruang pekerjaan.”

    Menurut Awang Haswandi, di masa hadapan Pusat Pembangunan Belia juga mungkin akan membukakan lebih banyak kursus-kursus yang berpotensi bagi memenuhi peluang-peluang pekerjaan yang ada di tanahair, sebagai harapan untuk mengurangkan peratus pengangguran di negara ini, disamping membentuk belia-belia yang berkemahiran, berdikari, sedia berkarih dan berjarih, semangat kepimpinan serta berterampilan.

    Dayang Nur Ayu Zurainie binti Janie, adalah salah seorang belia berkelulusan HND yang kini sedang menerokai kemahirannya di Pusat Pembangunan Belia. Walaupun bidang yang diambil kini jauh daripada sijil HND sebelum ini iaitu di bidang Perkembangan Sistem dan Komputer, tetapi Dayang Nur Ayu sedang bersedia untuk mencoret kerjayanya di salah sebuah syarikat industri makanan tanahair dan bercita-cita untuk membuka perniagaan sendiri.

    “Yang penting, jangan mengenal erti mengalah atau putus asa. InsyaAllah doakan saya berjaya menerokai karier saya,” ucap Dayang Nur Ayu Zurainie di hujung temuramah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/