BANDAR SERI BEGAWAN, 2 NOV – Seramai 70 peserta dari Kampung Junjongan telah menghadiri Kursus Lifesaver 995 yang bertempat di Masjid As-Salaam, Kampung Junjongan.
Kursus tersebut diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai serta memberikan pengetahuan tentang cara-cara mengurangkan risiko dan menghadapi kecemasan semasa kebakaran.
Turut hadir selaku tetamu kehormat semasa kursus tersebut ialah Ketua Kampung Junjongan, Haji Tamam@ Haji Ahmad Shah Tamami bin Haji Timbang.



