Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kursus pasca perkahwinan jamin keutuhan rumah tangga

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MAC – Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Bahagian Nasihat Rumahtangga di Kementerian Hal Ehwal Ugama di bawah Jabatan Syariah demi menjamin keutuhan rumah tangga daripada berakhir dengan penceraian.

    Antara usaha yang dilakukan itu dengan mengadakan kursus-kursus untuk memberi kesedaran seperti kursus pra nikah dan pasca perkahwinan, menurut Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman pada hari ke-11 permesyuaratan Majlis Mesyuarat Negara (MMN) di Dewan Majlis hari ini.

    Semasa menjawab mengenai jumlah kes perceraian di negara ini adakah semakin meningkat atau menurun yang dikemukakan oleh ahli MMN, Yang Berhormat Awang Salleh bin Haji Othman, Yang Berhormat Pehin menyatakan pada 2019 jumlahnya paling tinggi iaitu 624 kes namun terdapat penurunan pada dua tahun kebelakangan iaitu sebanyak 583 kes.

    Bagaimanapun, katanya, apa yang utama adalah Bahagian Nasihat Rumah Tangga giat melakukan beberapa usaha untuk membantu pasangan-pasangan bermasalah dengan menawarkan nasihat, kursus yang menyentuh mengenai hukum-hakam, kesedaran kewangan dan juga kesihatan.

    Di samping itu, taklimat tertentu yang bermotifkan ‘Keluarga Ku, Harapan Ku’ juga diadakan bagi meningkatkan kesedaran mengenai ertinya berkeluarga itu adalah harapan masa hadapan.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda