Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kursus pastri, roti Myanmar pada 23 Disember

    YANGON, 23 OKT – Myanmar akan menyediakan lebih banyak kursus pembuatan roti dan pastri secara percuma di bawah program khas Kerjasama Lancang-Mekong (LMC), menurut Kementerian Hotel dan Pelancongan negara itu.

    Kursus latihan roti dan pastri bagi kumpulan ke-5 dan ke-6 dijadualkan mengambil tempat masing-masing pada Disember 2023 dan Januari 2024 yang merangkumi sebanyak 48 resipi makanan ringan antarabangsa, jelas Pengarah Kementerian Hotel dan Pelancongan, U Naung Naung Lin Aung, baru-baru ini.

    Kira-kira 20 peserta akan dipilih untuk menyertai kursus selama empat minggu itu, tambahnya lagi semasa turut memberigakan mengenai kriteria dan prosedur pemilihan pelatih bagi kursus tersebut.

    Kursus latihan bakeri dan pastri tersebut merupakan program LMC yang berjaya dan berkesan untuk menciptakan peluang pekerjaan kepada para peserta di samping dapat dimanfaatkan dalam perusahaan mikro, kecil dan sederhana.

    “Kami amat berterima kasih kepada projek LMC dan China kerana memenuhi keperluan industri pelancongan menerusi dana khas LMC dan mewujudkan peluang pekerjaan bagi mereka yang menghadapi kesukaran mencari pekerjaan akibat pandemik COVID-19,” katanya.

    Kementerian Hotel dan Pelancongan Myanmar telah melancarkan projek Latihan Bakeri dan Pastri berkenaan pada 7 Ogos yang lalu. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda