Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kursus pengajian universiti di Malaysia masih relevan selaras keperluan

    KOTA KINABALU, 25 SEPT – Kursus pengajian di universiti di Malaysia masih relevan selaras dengan keperluan pasaran serta perancangan kerajaan, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

    Beliau berkata dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan program pengajian yang ditawarkan di universiti kini tidak relevan kerana tidak selaras dengan keperluan industri, adalah tidak benar.

    “Kami sentiasa ingin tekankan di sini bahawa universiti, khususnya di peringkat kementerian mengambil pendekatan keseluruhan kerajaan.

    “Maknanya, bagi perancangan masa depan keperluan pasaran negara dalam industri tertentu, pihak kementerian yang ada sentiasa bekerjasama kerana kami mahu pastikan universiti awam atau universiti swasta memberikan khusus yang ada nilainya,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Persidangan Memperkasa Kepimpinan 2.0: Kecerdasan Buatan: Era Baharu Kepimpinan anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda