Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kuwait, Arab Saudi bincang persiapan musim haji

    JEDDAH, Arab Saudi, 14 Feb – Setiausaha Rendah Kementerian Hal Ehwal Islam dan Wakaf Kuwait, Fareed Emadi, dan rakan sejawatannya di Arab Saudi, Hussein Al-Sherif, kelmarin membincangkan mengenai pengaturan jemaah Kuwait bagi musim haji tahun ini.

    Segala persiapan berkaitan jemaah Kuwait, bermula ketibaan mereka di Arab Saudi sehingga perlepasan mereka, telah diuruskan oleh pegawai-pegawai Saudi, menurut Emadi dalam satu keterangan.

    Juga, khidmat udara dan kesihatan buat para jemaah, pengangkutan, penginapan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain di Mekah, Madinah dan Al Mashaaer Al Mugaddassah atau tapak melaksanakan salah satu ibadah haji juga dibincangkan oleh para pegawai, menurutnya lagi.

    “Ketika mesyuarat itu, kami selanjutnya mempertimbangkan jumlah jemaah Kuwait bagi musim ini, selepas Arab Saudi membuat keputusan untuk meningkatkan kuota setiap negara,” tambahnya. “Kami mengkaji semula usaha-usaha oleh Negeri Kuwait musim lepas, dan kerjasamanya bersama badan-badan kerajaan Saudi ketika musim haji,” katanya.

    Pegawai dari Kuwait dan Arab Saudi membincangkan mengenai pengaturan jemaah haji Kuwait bagi musim haji tahun ini, di mana Arab Saudi telah membuat perubahan dalam meningkatkan jumlah jemaah haji bagi setiap negara. – AFP
    Pegawai dari Kuwait dan Arab Saudi membincangkan mengenai pengaturan jemaah haji Kuwait bagi musim haji tahun ini, di mana Arab Saudi telah membuat perubahan dalam meningkatkan jumlah jemaah haji bagi setiap negara. – AFP

    Emadi kemudian memuji semua perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi kepada semua jemaah secara am dan secara khas kepada warga Kuwait pada musim lepas.

    Pegawai Kuwait melahirkan rasa terima kasihnya kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz, dan kerajaan Arab Saudi bagi usaha-usaha mereka dalam memberikan perkhidmatan terhadap jemaah haji. Dia menekankan kepatuhan pihaknya dengan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Saudi, bermatlamat untuk mengekalkan sekuriti dan keselamatan para jemaah.

    Sementara itu, Konsul Besar Kuwait di Jeddah, Waez Al-Enezi, merujuk kepada usaha-usaha besar kerajaan Arab Saudi untuk memberikan khidmat kepada para jemaah dan membantu mereka melaksanakan ibadah haji mereka dengan mudah dan selamat. – NNN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda