Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Kuwait laksana hukuman gantung

    BANDAR KUWAIT, 16 NOV – Kuwait melaksanakan hukuman mati terhadap tujuh individu atas kesalahan membunuh hari ini, pelaksanaan buat pertama kali sejak 2017, walaupun terdapat rayuan daripada kumpulan hak asasi terkemuka.

    Dalam satu kenyataan, seorang wanita Etiopia dan seorang lagi wanita Kuwait antara yang digantung bersama tiga lelaki Kuwait, selain seorang warga Syria dan seorang rakyat Pakistan.

    Hukuman mati itu adalah yang pertama sejak 25 Januari 2017 apabila negara Teluk yang kaya dengan sumber minyak itu menggantung tujuh individu, termasuk seorang kerabat diraja.

    Ia dilaksanakan beberapa hari selepas Arab Saudi memaklumkan telah menjatuhkan hukuman mati ke atas dua warga Pakistan kerana menyeludup heroin, menamatkan hampir tiga tahun hukuman mati kerana jenayah dadah.

    Dalam satu kenyataan lewat malam semalam, Amnesty International menggesa hukuman mati dihentikan, menggelarnya sebagai ‘hukuman paling kejam dan tidak berperikemanusiaan’.

    Timbalan Pengarah Wilayah Amnesty, Amna Guellali, dalam satu kenyataan berkata pihak berkuasa Kuwait digesa mewujudkan moratorium rasmi bagi hukuman mati yang dilaksanakan segera. – AFP

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...