KUWAIT, 26 Dis – Oman menewaskan tuan rumah Kuwait 1-0 dalam saingan Piala Negara Teluk semalam sementara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi masing-masing berkongsi mata selepas keputusan seri tanpa jaringan.
Kedua-dua perlawanan dalam Kumpulan A telah berlangsung di Stadium Antarabangsa Jaber di Kuwait City.
Ahmad Al Mahaijri menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-58 sekali gus membantu Oman untuk memperolehi kemenangan pertama dalam pertandingan ini dan memastikan Kuwait tidak mara ke peringkat separuh akhir.
Pada minit ke-67, pemain Kuwait Faisal Al Harbi hampir menyamakan kedudukan namun tandukan melepasi gawang.

Keputusan tersebut menghidupkan kembali peluang Oman untuk mara ke peringkat separuh akhir selepas tewas 1-0 di tangan UAE pada perlawanan pembukaan Jumaat lalu.
UAE dan Arab Saudi yang telah menewaskan Kuwait 2-1 pada perlawanan pertama, gagal untuk menerjah gawang walaupun mencipta beberapa peluang dalam separuh masa kedua. Perlawanan peringkat akhir untuk Kumpulan A akan berlangsung pada Khamis ini yang menyaksikan Kuwait berdepan UAE dan Arab Saudi menentang Oman.
Pendahulu Kumpulan B dan juara bertahan Qatar akan berdepan penghuni numbur dua kumpulan hari ini. Dalam perlawanan lain, Bahrain akan melawan Yemen. – Xinhua