Thursday, March 20, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kvitova raih Piala Eastbourne

    EASTBOURNE, UNITED KINGDOM, 26 JUN – Petra Kvitova berjaya memenangi kejohanan perseorangan Eastbourne buat kali pertama dengan keputusan 6-3, 6-2 ketika menewaskan Jelena Ostapenko, kelmarin.

    Kvitova hanya memerlukan 77 minit untuk menamatkan bekas juara Terbuka Perancis, Ostapenko ketika pemain veteran dari Czech itu berjaya menguasai gelanggang rumput sekali gus menambah dua gelaran juara Wimbledon.

    Pemain berusia 32 tahun, tewas semasa perlawanan akhir Eastbourne 2011 kepada Marion Bartoli, berjaya mengalahkan Ostapenko di Devonshire Park dengan bergaya, membelasah pemain Latvia itu dengan servis dan pukulan yang kuat.

    “Saya pernah merasakan kekalahan dalam perlawanan akhir, jadi saya rasa bernasib baik. Beraksi di atas gelanggang rumput adalah sesuatu yang istimewa bagi saya, terutamanya apabila awda menjejakkan kaki ke dalam gelanggang tenis yang cantik seperti di sini,” kata Kvitova.

    “Ia berasa sangat seronok dapat bermain di hadapan khalayak ramai; ketika pandemik, ia adalah masa yang sukar, maka dari itu, ia adalah satu perasaan yang menyenangkan,” katanya lagi. Kemenangan tersebut menjadikan ia adalah kejohanan ke-29 dalam kerjaya perseorangannya, memberikannya keyakinan untuk melangkah ke pusingan pertama dalam kejohanan Wimbledon menentang Jasmine Paolini dari Itali. – AFP

    Petra Kvitova meraikan kemenangannya sambil menjulang piala Eastbourne selepas menewaskan Jelena Ostapenko dalam perlawanan akhir di Eastbourne, selatan England. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda