Wednesday, July 16, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kwiatkowski terus bersama Team Sky

    LONDON, 8 Ogos – Michal Kwiatkowski menandatangani satu kontrak baru selama tiga tahun dengan Team Sky selepas peranan utamanya dalam kemenangan Jelajah Perancis Chris Froome bulan lepas.

    Kwiatkowski dilabelkan sebagai pengubah permainan Sky di Perancis oleh pengetua pasukan, Dave Brailsford selepas dia mencemerlangkan dirinya di gunung-gunung untuk membantu Froome memenangi mahkota Jelajah keempat.

    Ia adalah sebahagian daripada tahun yang mengagumkan bagi atlet berusia 27 tahun itu yang telah memenangi perlumbaan-perlumbaan satu hari di Stade-Bianche, Milan-San Remo dan Clasica San Sebastian.

    “Saya mendapat sokongan hebat daripada pasukan sejak dua musim lepas – kedua-duanya tahun lepas, apabila saya mengalami musim yang sangat sukar, dan tahun ini yang berubah menjadi hebat,” ujarnya.

    Kwiatkowski akan terus bersama Team Sky bersama Chris Froome selama tiga tahun. - AFP
    Kwiatkowski akan terus bersama Team Sky bersama Chris Froome selama tiga tahun. – AFP

    “Saya hanya berada di sini bagi setahun setengah, namun ia terasa sudah lama. Itulah yang saya perlukan, untuk berasa disokong, seperti sebahagian daripada keluarga, jika tidak ia akan jadi sukar.

    “Saya sangat percaya, saya mampu memenangi banyak perlumbaan pada masa depan di sini.”

    Froome mengalu-alukan perjanjian baru Kwiatkowski itu, mengatakan: “Kwiato memiliki tahun yang cemerlang. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda