PARIS, 1 JAN – Masa depan Kylian Mbappe dan hubungannya dengan Real Madrid dijangka menjadi tema utama dalam jendela perpindahan yang dibuka di Eropah, hari ini.
Sementara itu, usaha Arsenal untuk mndapatkan penjaring gol yang hebat untuk menerajui cabaran mereka merebut kejuaraan Liga Perdana pertama sejak 2004 juga mungkin menjadi tumpuan utama.
Sementara itu, Manchester City dijangka akan membenarkan Kalvin Phillips untuk meninggalkan kelab itu, menamatkan tempoh yang mengecewakan bagi bekas pemain tengah Leeds itu yang gagal mempamerkan aksi cemerlang di kelab juara dunia itu.
Namun, perhatian sekali lagi akan tertumpu kepada Mbappe, penyerang maut Paris Saint-Germain dan lelaki yang setahun lalu menjaringkan hatrik untuk Perancis dalam perlawanan akhir Piala Dunia hanya berakhir sebagai pasukan yang kalah.
Real Madrid sekali lagi menjadi peminat utama bagi pemain berusia 25 tahun itu yang kontraknya di PSG tamat pada Jun, sama ada juara Eropah 14 kali itu akhirnya mendapatkan komitmen daripada pemain yang mereka idamkan selama bertahun-tahun?
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sepenuhnya kerana Mbappe mencetuskan reaksi luar biasa di Perancis, digambarkan apabila Presiden Emmanuel Macron campur tangan untuk meyakinkannya supaya kekal di PSG pada Jun 2022 apabila perpindahan ke Real kelihatan hampir pasti.
Namun, Real tidak duduk diam walaupun bintang muda Brazil terbaharu, Endrick akan menyertai kelab dari Palmeiras apabila berusia 18 tahun pada Julai 2024 dengan bayaran yang dilaporkan berjumlah 72 juta euro. – AFP