Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kylie Jenner menyesal buat pembedahan kosmetik

    Bintang televisyen, Kylie Jenner menyesal membuat pembedahan kosmetik pada bahagian payudaya pada usia 19 tahun.

    Memetik dari mStar, adik kepada Kim Kardashian itu turut menasihati orang supaya berfikir panjang sebelum bertindak melakukan perkara sama.

    “Kalau boleh saya tidak mahu melakukannya (pembedahan kosmetik). Saya cadangkan kepada sesiapa yang mahu melakukan perkara sama supaya tunggu selepas melahirkan anak,” katanya.

    Kylie mendedahkan perkara tersebut dalam episod terbaharu program realiti The Kardashians.

    Dalam masa sama, dia juga berharap anak perempuannnya iaitu Stormi yang kini berusia 5 tahun tidak melakukan mengikut jejaknya melakukan pembedahan pada usia muda.

    “Saya pasti akan kecewa jika Stormi mahu melakukan pembedahan pada usia 19 tahun sama seperti saya,” ujarnya.

    Sementara itu dia turut menegaskan sekadar memasukkan filler di bahagian muka dan tidak pernah melakukan sebarang prosedur pembedahan mengubah bentuk wajah seperti dakwaan banyak pihak.

    “Saya hanya memasukkan filler sahaja. Saya tidak mahu kisah melakukan pembedahan muka menjadi sejarah dalam hidup,” ujarnya.

    Dia juga pernah merasa kurang keyakinan diri apabila ramai yang mempersendakan bentuk telinganya.

    Namun perasaan itu hilang selepas dia melihat bentuk telinga Stormi sama sepertinya. – Agensi

    Kylie Jenner berharap agar Stormi tidak melakukan pembedahan kosmetik di usia muda nanti. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...