Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kyrgios ke separuh akhir Brisbane

    BRISBANE, 5 Jan – Walaupun Nick Kyrgios gagal membuat servisnya dua kali di set pertama, dia berjaya bangkit semula untuk mara ke separuh akhir Terbuka Brisbane International di Brisbane dengan kemenangan 1-6, 6-3, 6-4 terhadap bekas finalis Alexandr Dologolov pada Jumaat.

    Pilihan ketiga dari Australia, Kyrgios yang membalut lutut kirinya akibat kecederaan, kelihatan tidak terhalang ketika ia bermain dalam perlawanan ini walaupun kalah pada set pertama dalam masa 22 minit.

    Dalam perlawanan pertama separuh akhir di tempat kelahirannya itu, Kyrgios akan bermain menentang sama ada, juara bertahan Grigor Dimitrov atau Kyle Edmund untuk menempah tempat di final nanti.

    Manakala pemain remaja, Alex De Minaur menyusuli kejayaannya terhadap Milos Raonic dengan kemenangan 6-4, 6-0 ke atas Michael Mmoh untuk layak ke separuh akhir peringkat pertamanya. Dia akan bermain menentang Ryan Harrison, yang menang 7-6 (6), 4-2 ketika Denis Istomin terpaksa menarik diri dari perlawanan suku akhir itu akibat kecederaan di pinggul.

    Reaksi Nick Kyrgios semasa menentang Alexandr Dolgopolov pada Jumaat di suku Akhir Terbuka Brisbane International. – AP

    “Banyak pemain berani yang datang ke perlawanan ini. Ia merupakan satu peluang besar bagi saya,” kata De Minaur. “Tetapi saya masuk ke sini sedikit lebih berani (daripada perlawanan Raonic), mempunyai lebih banyak masa untuk bermain, dan mampu bermain tenis dengan retak terbaik saya.”

    Pemain dari Belarus, Aliaksandra Sasnovich mencapai peringkat akhir pertamanya dengan kemenangan 7-6 (3), 6-4 pada separuh akhir menentang Anastasija Sevastova.

    Sasnovich, yang mempunyai menduduki di tangga tertinggi dunia dalam kariernya iaitu ke-85, akan bertemu menentang sama ada, juara bertahan Karolina Pliskova atau pilihan ketiga Elina Svitolina dalam perlawanan kejohanan itu. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda