Monday, March 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kyrgios tarik diri terbuka AS

    SYDNEY, 3 OGOS – Nick Kyrgios telah menarik diri dari menyertai Terbuka AS ke-rana ‘ratusan ribu penduduk Amerika Syarikat (AS) telah kehilangan nyawa’ sambil merayu kepada pemain-pemain yang menyertai kejohanan tersebut untuk tidak mementingkan diri dan terus melaksanakan tanggungjawab mereka.

    Tindakan Kyrgois disusuli rakan senegaranya dan pemain nombor satu dunia, Ashleigh Barty minggu lalu menarik diri dari Grand Slam di New York, dengan alasan ‘risiko besar’ dari wabak koronavirus.

    “Saya tidak akan bermain di Terbuka AS tahun ini. Saya merasa kecewa,” ujar Kyrgios, yang sering kali menyeru peserta tenis supaya tidak mengambil ringan mengenai virus itu, menurutnya dalam sebuah video yang dimuat naik ke akaun Twitter.

    “Saya menarik diri untuk semua, untuk Australia, untuk beratus ribu rakyat AS yang kehilangan nyawa mereka, untuk kita semua.”

    Lebih daripada 150,000 orang terkorban akibat COVID-19 di AS, dengan lebih 4.5 juta jangkitan sejak permulaan pandemik.

    Krygios, yang menduduki rangking ke-40 telah menarik perhatian bulan lalu selepas membidas ATP sebagai ‘pentingkan diri’ kerana meneruskan rancangan mereka menganjurkan Terbuka AS, yang dijadualkan bermula 31 Ogos.

    Dia mengkritik penganjur dalam sepucuk surat yang dibacakan dalam sebuah video yang mengatakan dia ‘tidak ada masalah’ dengan kejohanan tersebut dianjurkan, mengatakan bahawa pekerja restoran, pembersih dan penjaga lokar masih perlukan pekerjaan.

    Tetapi Krygios lantang mengkritik beberapa nama besar dalam kejohanan, dan menyalahkan mereka yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Jelajah Adria yang dianjurkan oleh Novak Djokovic, di mana tiada sebarang penjarakan fizikal dibuat dan pemain-pemain pula pergi ke pusat hiburan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda