Kyrgyzstan jadual pilihan raya baharu

BISHKEK, KYRGYZSTAN, 16 OKT – Bekas presiden Kyrgyzstan hari ini mengadakan sidang parlimen untuk menamatkan krisis politik berhubung pengundian pada Oktober, yang dikatakan oleh pihak berkuasa pilihan raya mungkin berulang sebelum akhir tahun.

Sooronbay Jeenbekov semalam menjadi presiden Kyrgz ketiga yang meletak jawatan sejak 2005, dalam tindakan yang dikatakan beliau akan membebaskan negara bekas Soviet itu daripada pertumpahan darah seterusnya.

Seorang terbunuh dan lebih 1,200 cedera semasa pertempuran di antara pembantah dan polis selepas pilihan raya parlimen pada 4 Oktober, yang dikatakan oleh pembantah dibelenggu penipuan. Pengundian dibatalkan tetapi ia tidak meredakan ancaman kekosongan kuasa di negara Asia Tengah itu.

Bercakap di parlimen, Jeenbekov mengesahkan peletakan jawatan beliau dan berkata beliau ‘bersih di depan Tuhan dan rakyat.’ Ahli parlimen bertepuk tangan tatkala beliau meninggalkan bilik.

Japarov berjanji akan menyelia pilihan raya parlimen baharu yang dijangka diadakan pada Disember.

Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Nurzhan Shaildabekova memberitahu wartawan hari ini bahawa pilihan raya parlimen baharu harus diadakan pada 20 Disember, dengan pengundian presiden sebulan kemudian pada 12 Januari. – AFP

Perdana Menteri Kyrgyzstan Sadyr Japarov (kiri) dan bekas Presiden Sooronbay Jeenbekov (tengah) berjalan untuk menghadiri mesyuarat luar biasa Parlimen Kyrgyz di kediaman kerajaan Ala-Archa di Bishkek kelmarin. – AFP